Mawar Cinta


Lia Artika belajar di kelas malam untuk merealisasikan cita-citanya. Ika telah jatuh cinta dengan pemuda bernama Azryl Khalish. Kerana asyik dibuai rasa cinta, Ika gagal dalam peperiksaan. Ika kecewa lalu berhenti kerja dan pulang ke kampung. Tanpa diduga, ayah kandungnya, Datuk Arman muncul. Ika bertekad mengubah hidupnya lalu menyambung semula pengajiannya. Kehidupannya teruji setelah ayahnya meninggal dunia dan Ika telah dihalau keluar oleh ibu tirinya. Ika terpaksa menyewa rumah tetapi malangnya teman sebiliknya yang bekerja di kelab malam sering membawa lelaki ke rumah. Atas usaha yang tidak pernah kenal erti jemu, Ika telah berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang siswazah. Namun kini dia menghadapi dilema kerana sering menerima bunga daripada seorang peminat misterinya. Siapakah pengirim bunga tersebut dan berjayakah Ika mengharungi rintangan yang mendatang atau dia gagal sekali lagi?

Mawar Cinta adalah novel sulung yang diterbitkan di bawah Rhythm Publishing. Tajuk asalnya adalah Secret Admirer. Mulanya pihak penerbit mengubah tajuk menjadi Ku Milikmu. Namun entah macam mana Mawar Cinta yang menjadi pilihan tajuk. Novel ini setebal 282 m/s sahaja dan harganya RM 12.90.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jalan cerita best tapi ending dia telalu simple

Catatan ZZ berkata...

Betul tu... sebab nak cepat habis. Sepatutnya dihuraikan dan dipanjangkan sehingga 500 m/s. Tapi waktu tu tak reti lagi. Tak de pengalaman lagi.

Tanpa Nama berkata...

hi, salam. Sorry akak komen sikit je. Lain kali jangan ribut nak selesaikan karya dalam jangka masa yang singkat. Biar lambat asal menarik dan puas hati. Soory sayang... akak tak cakap lebih2, akak pun baru. Tapi selalunya akak akan pinda, pinda dan pinda berkali2 baru puas hati. Sehingga pen ditangan akak tidak mahu meminda lagi sewaktu menyemak, baru akak berpuas hati.

Catatan ZZ berkata...

TQ Kak Ila atas nasihat yg diberikan. Moga nasihat yg diberikan akan menyemarakkan lagi minat saya dlm bidang ni...

Stolen Angel berkata...

I've read d book but can't remember how was d story. Hmmm... by d way... all d best 4 u in this field n hope u'll success in future

Edry S. berkata...

Hey , do u have this novel ?? reply me A.S.A.P ! .. i really want to buy this novel for my girl .. She would be happy if i bought this for her because its is her favourite .. thanks !

Tanne Hadihaz berkata...

Maaf, novel baru Mawar Cinta tiada lagi dalam simpanan. terima kasih krn menunjukkan minat utk mendapatkannya :)

Unknown berkata...

Novel Mawar Cinta tak dikeluarkan lagi ke ? saya nak sangat novel ni , selama 5 tahun saya mencari tapi tak dapat2 , sya berminat sangat dengan novel ni ,dan saya berharap saya akan dapat novel ni .

Catatan ZZ berkata...

Tak keluar dah 😭 Kat akak pun tak der stok. Kalau nak ikuti cerita ni boleh join wattpad. Cari nama zahida zarkasi. Akak ada karang Mawar Cinta 2017. Beri nafas baru pada cinta Ika dan Azryl Khalish.

Tanpa Nama berkata...

Saya sedang mencari novel ini selama hampir 7 tahun. Masih tak dapat2 jugak. Ada alternatif lain tak untuk saya dapatkan novel ini? Terima kasih!

Catatan ZZ berkata...

Alaa dik...novel ni dah tak ada dalam pasaran. Berkubur dah..huhu... akak pun tak simpan stok. Penerbit novel ni pun dah tak wujud. Btw, kalau nak ikut versi baru (Mawar Cinta 2017), boleh follow kat wattpad. Like jugak page fb Karya ZZ dan Intsgram: Karya ZZ. Thanks ;)

Puji Lestari berkata...

Akak kapan nak update cerita ni...dah tak sabar nak baca kelanjutan cerita ni

Tanpa Nama berkata...

Takde pon