Cerpen - Mencari Bahagia

Cerpen ketiga ini tersiar dalam Majalah Remaja edisi 15 Jun 2006. Saja je ke kedai buku dan belek majalah. Tengok2 cerpen saya tersiar. Apa lagi terus le beli majalah.

Kembara Cinta


Dendam Mariam kepada Rusli membuatkan dia membenci keturunan lelaki itu, apatah lagi anaknya, Nureen Batrisya berkawan rapat dengan Danish. Sikap Mariam yang terlampau mengongkong kehidupan Nureen membuatkan cinta rahsia Nureen dan Danish berkocak. Apabila cinta mereka dihidu oleh Mariam, wanita itu nekad untuk meleraikan ikatan kasih mereka. Nureen Batrisya harus dipisahkan dengan Danish. Dia membawa Nureen jauh ke utara tanah air, lalu berhasrat menjodohkan anaknya dengan Fahmi. Danish kecewa apabila berita daripada kekasihnya tidak kunjung tiba lalu dia melepas sepi bersama Juliana. Khabar pertunangan Nureen dengan Fahmi pula benar-benar meremukkan hati lelakinya lalu dendamnya ada Nureen bertambah menyala, sehebat nyalaan cinta Nureen kepadanya. Apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah akhirnya episod cinta yang meruntun hati ini? Semuanya terjawab dalam Kembara Cinta.

Ini adalah novel kedua saya yang juga diterbitkan oleh Rhythm Publishing. Novel ini setebal 377 m/s dan berharga RM 17.90. Novel ini berasal dari cerjang yang bertajuk Ku Pohon Maaf, yang diubah kemudiannya menjadi Dua Jiwa, Kata Hati dan akhirnya Kembara Cinta. Kandungannya juga turut berubah seiring dengan perubahan tajuk. Novel ini diterbitkan pada Mac 2006. Masih panas lagi :)

Cerpen - Pendirianku

Cerpen kedua ini juga disiarkan di dalam Majalah Dara.Com keluaran Januari 2006.

Mawar Cinta


Lia Artika belajar di kelas malam untuk merealisasikan cita-citanya. Ika telah jatuh cinta dengan pemuda bernama Azryl Khalish. Kerana asyik dibuai rasa cinta, Ika gagal dalam peperiksaan. Ika kecewa lalu berhenti kerja dan pulang ke kampung. Tanpa diduga, ayah kandungnya, Datuk Arman muncul. Ika bertekad mengubah hidupnya lalu menyambung semula pengajiannya. Kehidupannya teruji setelah ayahnya meninggal dunia dan Ika telah dihalau keluar oleh ibu tirinya. Ika terpaksa menyewa rumah tetapi malangnya teman sebiliknya yang bekerja di kelab malam sering membawa lelaki ke rumah. Atas usaha yang tidak pernah kenal erti jemu, Ika telah berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang siswazah. Namun kini dia menghadapi dilema kerana sering menerima bunga daripada seorang peminat misterinya. Siapakah pengirim bunga tersebut dan berjayakah Ika mengharungi rintangan yang mendatang atau dia gagal sekali lagi?

Mawar Cinta adalah novel sulung yang diterbitkan di bawah Rhythm Publishing. Tajuk asalnya adalah Secret Admirer. Mulanya pihak penerbit mengubah tajuk menjadi Ku Milikmu. Namun entah macam mana Mawar Cinta yang menjadi pilihan tajuk. Novel ini setebal 282 m/s sahaja dan harganya RM 12.90.

Cerpen - Kemaafan

Ini adala nukilan saya yang pertama sekali diterbitkan. Cerpen ini tersiar dalam Majalah Dara.com, keluaran Oktober 2004. Selepas tersiarnya cerpen ini, saya semakin bersemangat untuk menulis.

Nukilanku

Di lembaran ini aku akan senaraikan hasil karyaku yang telah diterbitkan.