My Dear Mawar Cinta

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak bersiaran, akhirnya hari ini aku terjaga dari lena yang panjang. Blog adalah medium pertamaku dalam mempromosikan karya-karya ku yang telah diterbitkan. Namun, dengan kewujudan Facebook dan Instagram, lama-kelamaan aku terus melupakannya. Lupa yang aku seorang blogger yang aktif 10 tahun lalu.

Lamanya aku biarkan laman sesawang ni berhabuk, bersawang. Dah tiba masa untuk aku cuci semula, aktif semula dan sentiasa update perkembangan terbaruku dalam bidang penulisan.

Semuanya kerana kesayanganku; Mawar Cinta. Tak sangka ramai jugak yang mencari-cari novel pertamaku ini yang dah tak wujud lagi di pasaran. Rasa rugi pulak tak simpan stok. Hish... Novel walaupun banyak cacat celanya (novel pertama kan)...tapi masih ada segelintir yang meminatinya. Terbit 2005. Dah 12 tahun diam tak diam.

Sebagai alternatif, aku tulis semula cerita ni (baru permulaan) di wattpad. Versi 2017. Yang nak baca, boleh komen. Saya bagi link.

Tapi tak semua pembaca novel ada akaun wattpad. Dan tak semua nak baca versi baru. Ada yang masih suka versi lama, sebab mengembalikan nostalgia masing-masing. Jadi, dengan kecanggihan teknologi, aku akan letak cerita di sini (separuh). Selebihnya kat group fb. Okey??? Hehehe...

0 ulasan: