KALUNG


Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...
Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila.
Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?
Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti?Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?
Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Sedangkan dia makin menjauh...
Tanpa sebarang berita...
Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung...
Hadiah pemberiannya...
Novel ketigaku ini bakal diterbitkan oleh KarnaDya Solutions...
Memberi sedikit kelainan dr novel2 saya sebelum ini.

18 ulasan:

Rasha_rz berkata...

Hai, dik. Tahniah kerana KALUNG, awak pupular di akhbar. Akak masih simpan atikel tu. Sekian lama kenal di siber, baru kini kutatap wajahmu. Rasa kita semakin dekat, semakin mesra dan semkin pula rindu....

Catatan ZZ berkata...

Hai kak! Terima kasih. Tak sangka juga KALUNG sudi dinilai dalam akhbar. Percubaan membuat novel dengan genre thiller menaikkan sikit nama saya dlm bidang ni. Harap suatu hari nanti novel Kak Ila pulak akan dinilai dan masuk paper...

Rasha_rz berkata...

Ha? awak doakan kak ila masuk paper? he... tolonglah. Tak glamor langsung. Tak ada orang nak beli paper hari tu nanti. Kalau setakat novel je tak apa, orang tak akan kenal penulisnya. Dah masuk pun, setiap satu novel yang terbit sudah diiklankan di akhbar. Tapi muka belum lagi. tidak mungkin akan terjadi kut... siapalah saya? hanya penulis novel popular. baru satu novel lepas di sayembara DBP, itu pun saguhati, cikgu?

Catatan ZZ berkata...

Sy pun penulis novel popular gak Kak Ila...bahasa pun kureng. Kak Ila okey apa, kurang2 dah lepas dgn DBP yg begitu pentingkan bahasa. Isy, sapa kata tak laku! Konpem paper sold out ari tu hehe. Sy ada baca N3 baru kat blog Kak Ila...er...K.Ila ni nurse ke?

Rasha_rz berkata...

Penulis apa sekali pun tak kisahlah, asalkan memberi kepuasan dan sedikit nilai mulia kepada pembaca.Betul tak?

Rasha_rz berkata...

Hai, sibuk tarawih ke, sampai tak ada masa nak abdit N3 ni? hehehe, kak ila rindu berita terkini awak.

Catatan ZZ berkata...

Hai Kak Ila...
Sibuk melukis... Insya Allah novel awal remaja saya akan diterbitkan tak lama lagi. Dalam novel tu kena letak ilustrasi. Tu yg sibuk sikit skrg ni....

Rasha_rz berkata...

Wah, berilustrasilah pulak. Cikgu mesti ada banyak idea... Terbitan syarikat mana?

Catatan ZZ berkata...

Cikgu pra kena be creative walaupun x kreatif..
Untuk KarnaDya...

Rasha_rz berkata...

hai, dapat royalti untuk novel yang kita perjuangkan tu tak? dengarnya dia orang bentuk 2 kumpulan. satu sebelum aidilfitri dan satu lagi selepas. awak tim yang mana satu? kak ila entah tim keberapa...

Tanpa Nama berkata...

belum...team lepas raye... satu team la dgn kak ila...tak kisahlah janji dapat, kan?

Rasha_rz berkata...

Awak ada dengar tak pasal SIMPOSIUM PENULIS PELBAGAI KAUM KE-VIII SEMPENA HARI SASTERA 2007? kak ila dapat ofer, kita pergi nak? jumpa di Kuantan nanti.

Catatan ZZ berkata...

saya tak dgr apa2 pun pasal simposium tu...kongsi2lah ilmu nanti

Stolen Angel berkata...

Hi Kak Idah... KALUNG that i bought last time, still haven't read yet. Bz with my xam n assignments. I'll start reading it next week

Catatan ZZ berkata...

KALUNG novel wajib baca tu! hehe...antr novel karangan sy yg plg sy suka

Stolen Angel berkata...

Ok... after finished, i'll comment k

Miss LaraLady berkata...

Nak tanya,
dari mananya dtg idea untuk menulis?
sbb slalunyer penulis tulis dr kisah hidupnya, akak pun same ke?

Catatan ZZ berkata...

Hai Miss Lara...
Idea datang dari pembacaan, persekitaraan, drama, filem dsb.
Hasil tulisan akak semuanya dari imiginasi...belum ada dr pengalaman sendiri...